Followers

Thursday, December 1, 2011

KOTAK BARU LAGI

As salam semua, 

Mulai pertengahan Oktober yang lalu CEMILAN STATION mengeluarkan satu lagi kotak baru untuk digunakan sebagai packaging cenderahati siap dihulur kepada tetamu. 

Kotak ini menggantikan pakej VIP sedia, di sebabkan kotak sebelum ini yang kami dah guna naik harga dengan mendadak. Oleh itu, kami telah mengambil alternatif mencari suplier yang dapat membekalkan kami kotak yang lebih cantik dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya kotak ni kami dah lama dapat sample, tapi memandangkan gable box tengah naik 'saham' masa tu, kami simpan dulu design ni. tup...tup...gable box naik harga, terpaksa la kami keluarkan juga design ni. Oleh itu, gable box kami TUTUP SEMENTARA untuk tempahan ya...jangan sedih tau...nanti kalau ada lagi kami akan adakan semula. 

Masih mengekalkan harga yang sama iaitu:

Pakej VIP = RM2.00 siap semua (kotak+deko+2 pek kerepek).
Kotak sahaja : 80 sen seunit
Kotak+deko = RM1.40 seunit
Ukuran Kotak : 12cm(p)x 12cm (l) x 14 cm (t)

Tema warna tetap mengikut pilihan pelanggan @ tema majlis anda. Apalagi jom kita tengok kotak-kotak baru ni hasil decoration kami. untuk maklumat lanjut boleh LIKES kami di facebook Cemilan Station. Semua hasil kerja kami ada di situ. ok jumpa lagi dan selamat bercuti sekolah.... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...